Rindu Rosmah yang dulu, sekarang semakin tidak terurus. Amat menyedihkan

Isteri kepada bekas perdana menteri Dato' seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansur kelihatan begitu suram sewaktu menampilkan diri ditempat awam dan sewaktu pergi bercuti. Rambut beliau kelihatan nipis dan wajah beliau kurang dihiasi alat solek. Ada kemungkinan beliau terlalu letih dan agak berserabut.

Datin seri Rosmah dan Dato Najib Tun Razak dilihat di Langkawi sedang bercuti dan untuk menengkan fikiran semntara kes dan skandal mereka masih dalam sisatan.

Sedikit latar belakang Rosmah Mansur.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.

Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi.
Sila tonton video:

Comments