Malaysia Akan Teruk Kerana Batalkan HSR - dakwaan akhbar China

Video ini memaparkan kenyataan akhbar china yang antara lain menjelaskan bahawa Malaysia akan terjejas teruk atas pembatalan HSR.

Projek HSR terkandung dalam komponen Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang daripada ETP adalah projek Koridor Selatan Rel Berkelajuan Tinggi.

Berdasarkan data terdahulu yang dibuat terdapat keperluan yang jelas untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Singapura, kerana kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal, dan melebihi kapasiti Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia - Singapura.

Apabila HSR beroperasikelak, ia akan menjadi mod pengangkutan awam yang terpantas antara Kuala Lumpur dan Singapura. HSR dianggap sebagai selaras dengan transformasi Malaysia kerana ia menghubungkan dua pusat bandar utama untuk memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat. Seterusnya ia memacu kepada pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan persaingan ekonomi, sekaligus dapat memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia.

Rel Berkelajuan Tinggi akan menghubungkan lima hentian dari Malaysia ke Singapura mengikuti laluan pantai.
China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) telah mendapat tempat untuk membina projek kereta api berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura (HSR).

Walaubagaimanapun baru-baru ini Kerajaan dibawah PH telah menyatakan bahawa projek megah itu perlu dikaji malah ada kemungkinan perlu diberhentikan memandangkan keadaan kewangan Negara yang kurang mengizinkan.
Sila tonton video: 

Comments