Tidak dinafikan kerancakan pihak berkuasa ketika ini dalam menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ternyata membuatkan semua orang mahu mengeluarkan pendapat sendiri. Lebih menarik lagi, perbezaan pendapat di laman sosial yang bebas ini sangat mudah untuk mencetuskan kemarahan.
Menjelaskan perkara tersebut kepada Sinar Harian Online, Johan As’ari mengakui kenyataan mengenai permohonan untuk memerika rumah Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dikongsikannya di laman Twitter adalah datang dari dirinya sendiri.
“Johan kasihan dengan DSN (Datuk Seri Najib) dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” jelasnya yang dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia turut menghormati Tun Dr. Mahathir.
“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya.
Gara-gara kenyataan tersebut, memang melentinglah warga laman sosial malah ada juga yang menyokong Johan. Apa pun, cara untuk meredakan kemarahan terbaik pastinya dengan menggunakan petikan ayat al-Quran yang dipetik dari Twitter Datuk Seri Najib sendiri. Tahniah! (rtky/s)
- Home
- hiburankini
- OHVIRAL
- Today News
- Kasihankan Najib, Johan Mohon Periksa Rumah Tun M
Kasihankan Najib, Johan Mohon Periksa Rumah Tun M
Related Posts
'Dah Lama Saya Seksi, Kenapa Sekarang Baru Kecam?' - Zizi Kirana Penyanyi Zizi Kirana menyifatkan kecaman netizen ...
Datuk K Terkilan Gambar Anak TersebarBeberapa jam yang lalu telah tersebar sekeping ga ...
Jho Low broke law on dual citizenship, says immigration chiefHe says the embattled businessman's other passpor ...
Wanita Dikecam Netizen Selepas Muat Naik Gambar Mengangkang.!!Seorang model wanita dikecam hebat oleh netizen s ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments